Pengenalan
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah
satu badan beruniform yang ditubuhkan di sekolah ini. Pengakap
Kanak-kanak sekolah ini mengandungi ahli-ahli yang berumur antara
sepuluh hingga dua belas tahun.
Pergerakan
Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi
khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan
Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja
kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan
ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat
ini.
Pergerakan
Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan
di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak
mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat
pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong
dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.

No comments:
Post a Comment