Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dipengerusikan oleh Dato' Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi
Perana utama SKMM adalah mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(1998) dan Akta Komunikasi & Multimedia(1998).
Dalam melaksanakan akta ini, peranan Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia.
Fungsi utama SKMM ialah :
- Melaksana dan menguatkuasa penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia.
- Menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri, komunikasi dan multimedia.
- Menggalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa di bawah industri komunikasi dan multimedia
- Memberi bantuan dalam sebarang bentuk dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan di kalangan orang-orang terlibat dalam aktiviti komunikasi dan multimedia.
No comments:
Post a Comment