Saturday, 20 October 2012

Hari Terbuka Pendidikan Dan Karnival Jalur Lebar Daerah Kubang Pasu





Jalur Lebar Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan



21 OKTOBER 2012

Dirasmikan Oleh :
YB. DATO' HASBULLAH BIN OSMAN
Setiausaha Politik Y.A.B Timbalan Perdana Menteri 


Anjuran
PPD KUBANG PASU



Dengan kerjasama
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA TM ( TELEKOM MALAYSIA ) BERHAD








Info SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia)









Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dipengerusikan oleh Dato' Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi




     Perana utama SKMM adalah mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(1998) dan Akta Komunikasi & Multimedia(1998).

     Dalam melaksanakan akta ini, peranan Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia.

Fungsi utama SKMM ialah :


  • Melaksana dan menguatkuasa penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia.
  • Menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri, komunikasi dan multimedia.
  • Menggalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa di bawah industri komunikasi dan multimedia
  • Memberi bantuan dalam sebarang bentuk dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan di kalangan orang-orang terlibat dalam aktiviti komunikasi dan multimedia.

Tip-tip Mencapai Kejayaan Cemerlang



Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:

Belajar dalam persekitaran yang kondusif.


Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan  proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah:

  • Tenang / damai
  • Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi
  • Elakkan daripada gangguan bunyi bising

Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu, elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana perkara tersebut boleh menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.


Pelajar hendaklah sentiasa bersedia

Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu, pelajar dapat memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik pembelajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan.

Menentukan matlamat dan arah tuju yang terbaik.
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kearah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin dicapai oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17 'A' dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaannya.

Tidak meninggalkan amalan kerohanian 
Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu, untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.

Membuat nota ringkas
Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.

Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warna. 



Rahsia Kecemerlangan Nur Amalina

 


  •  Jadikanlah beliau sebagai 'role model' anda. Insya-Allah anda akan mendapat kejayaan yang anda impikan...
 Sampai di sini saja entri kami pada kali ini...Assalamualaikum...

Wednesday, 17 October 2012

XPDC Mendaki Bukit

 

video yang dibuat oleh salah seorang guru SK Jitra

Kem Unit Beruniform Tahun 6

Salam semua..

Dalam entry kali ini, kami ingin menceritakan tentang Kem Unit Beruniform Tahun 6 yang telah diadakan di Kem D'Tepus pada bulan lepas. Kem ini berjalan selama dua hari satu malam. Kami bermalam di asrama yang disediakan di sana. Pengalaman mengikuti kem ini sangat menarik dan tidak dapat kami lupakan. Aktiviti yang dirancang oleh guru-guru untuk kami sangat mencabar dan manyeronokkan. 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah merentasi halangan, 'jungle trekking', memancing dan banyak lagi.
Tidak dilupakan juga, slot-slot motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman.

Berikut merupakan gambar2 kami sewaktu menyertai kem tersebut.

 gambar sewaktu taklimat tentang kem 



Dalam slot yang pertama,kami dikehendaki membentangkan tentang kumpulan kami yang telah cikgu tetapkan. setiap kumpulan dikehendaki menghantar dua orang wakil untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.












Kemudian, cikgu mengarahkan kami menukar pakaian untuk aktiviti beriadah. Kami diarahkan melalui halangan yang telah disediakan berdekatan dengan pusat kem. Ada sesetengah murid yang agak takut untuk melalui halangan tersebut disebabkan fizikal mereka. 

gambar-gambar dibawah adalah semasa aktiviti dijalankan






















Selepas letih melepasi halangan,kami dihidangkan dengan aktiviti yang lebih santai iaitu memancing.





Hari kedua, 
cikgu-cikgu membawa kami ke sebuah bukit untuk aktiviti seterusnya iaitu jungle trekking. Kami melalui situasi yang sangat mencabar semasa aktiviti berjalan.
































Di puncak bukit






melabuhkan punggung seketika




acara penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik





Selesai semua majlis, kami berkemas untuk berangkat pulang ke sekolah menaiki bas.

Sampai disini sahaja untuk entri kali ini..
Assalamu'alaikum..

Logo PPIM

PENGERTIAN LOGO
  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada  perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM.”( Pa Pa Alif)
  • Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
“PUTERI”-Bagi Ahli-Ahli Puteri

“PEMIMPIN PUTERI” -Bagi Pemimpin-Pemimpin
  
  PENGERTIAN WARNA
  • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
  • Hijau : Agama
  • Taqwa sebagai TERAS
  • Putih : Kesucian
  • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

Sejarah PPIM





Image
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.
Image
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Image
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.
Image
Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.
Image
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.
Image
Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.
Image
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.